Friday, January 24, 2014

JUST GRILLED


OK...entry ni plak saya buat sempena cuti Hari Natal aritu...punya lah bosan kat rumah...
Apa lagi...saya mula lah nak main masak-masak kan...apa yang ada kat umah, itulah saya buat...
Jadilah yang ini.....

Saya pon tak tau nak panggil ni resepi ape...yang penting dia memang grill...hehehe...

JUST GRILLED

Bahan-bahan
Ubi kentang
Chicken Sausage
Butter
Kacang pea dalam tin (Ayam Brand)
Mushroom dalam tin (Ayam Brand) - dihiris
2 tangkai Cili merah dibuang biji dan dihiris
Aluminium Foil

Cara membuat
*lapik loyang dengan Aluminium Foil*
1. Sapukan butter atas chicken sausage dan grill dalam oven selama 30 minit.
2. Hiris cendawan dan cili merah. Tos kan kacang pea. Gaulkan semua bahan.
3. Bila sausage dah masak, grill pula sayuran yang telah digaul tadi selama 15 - 30 minit.
4. Sementara tu, kupas kulit kentang dan gaul bersama serbuk daun Basil / Oregano. Balut dengan Aluminium Foil.
5. Bila sayuran dah masak, grill ubi kentang selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak.

Then, ready untuk dihidangkan la....macam diatas tu...
Nak tambah telur cincang or Omelette pon boleh...makan dengan sos cili...sodap!

SALAD WITH OREGANO MAYO


Inilah menu yang paling simple tapi sangat mengenyangkan!
Boleh makan waktu bfast, lunch mahupun dinner.
Jom, kita tengok resepi...

SALAD WITH OREGANO MAYO

Bahan-bahan
Iceberg Lettuce
Mayones
Serbuk Oregano (beli yang daun kasar-kasar tu)
Daging burger Ayam
Black pepper

Cara membuat
1. Potong hiris Iceberg Lettuce
2. Potong dadu daging burger ayam yang telag digoreng (saya goring menggunakan butter untuk dapatkan rasa lemak butter)
3. Campurkan daun Oregano dan black pepper dalam mayones dan gaul.
4. Sedia untuk dimakan!


Iceberg Lettuce
 

Serbuk daun Oregano

 






MURTABAK CRACKER


Hello again semua.....
Kali ni saya nak share pasal Murtabak Cracker...
1st time saya makan ni ketika melawat sahabat karib, Sakinah Ramlan. Beliau tak berapa sihat time tu..jadi, beliau ada order murtabak ni pada salah sorang kawan kami..haaa, waktu tu la saya merasa murtabak ni...

Setiap suapan tu punyalah sedap...macam tak puas makan...so, saya pon GOOGLE la bila balik rumah...banyak jenis resepi yang saya tengok tapi tak tau nak tiru yang mana satu..

Meh, saya share kan sikit... *tapi, kalau anda ade tips or resepi lagi sedap, share lah dengan saya ya..hihi*


MURTABAK CRACKER

Bahan-bahan
Biskut cracker (berapa banyak tu bergantung kpd bera saiz loyang yang digunakan)
Daging cincang
Serbuk kari
1 cawan Susu
1 cawan Santan
4 biji telur (bergantung pada saiz loyang. Kalau kecik sangat, guna 2 biji je)
1 biji Bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun Parsley
Black pepper

Cara membuat
1. Campurkan susu dan santan kedalam satu mangkuk.
2. Rendam kepingan biskut didalam campuran tadi.
3. Agak-agak dah lembut sikit, angkat dan asingkan.
4. Ulang proses ini untu kepingan biskut seterusnya.

Membuat Inti
1. Tumiskan Daging cincang dalam kuali (tak perlu letak minyak, masak sehingga air daging mengering)
2. Bila hampir nak kering, masukkan bawang merah dan bawang putih dan gaul dan teruskan menumis.
3. Masukkan serbuk kari dan sedikit garam (kalau nak pekat, letak serbuk kari lebih)
4. Kacau dan teruskan menumis.
5. Angkat dan asingkan.
6. Bila daging kari ni dah sejuk sikit, campurkan telur yang telah dipukul ke dalam daging (saya suka banyak telur supaya dia mengembang - sedap!)

Dalam loyang
1. Susun kepingan biskut yang telah direndam tadi di dalam loyang.
2. Tuangkan adunan daging sehingga rata. Taburkan daun parsley. (Ops! Jangan tuang semua ok..kita nak buat layer by layer)
3. Kemudian, susu lagi kepingan biskut diatas adunan daging tadi.
4. Tuang adunan daging dan taburkan daun parsley.
5. Last skali, susu kepingan biskut.
6. Bakar pada suhu 130 - 160 Darjah Celcius (bergantung pada oven masing-masing) selama 30 - 45 minit. (atau sehingga naik bau)
7. Sejukkan dan bolehlah dipotong mengikut citarasa. Hidangkan.
8. Ada yang letak mayones diatas murtabak. Ada juga yang tabor kobis (potong dadu) dan letak mayones.

Selamat mencuba!


















MAGGIE GORENG VERSI SAYA


Next...menu ni memang biasa sangat...kegemaran ramai orang ni...
Saya tak penah masak Maggie Goreng sebab bila dok umah tak teringin langsung nak makan..tapi kalau ke kedai mamak, Ya Allah...menu ni je yang terlintas di kepala..maklumlah mamak yang goreng kan...hihihi...

Tapi...aritu saya balik keje awal sebab letih teramat sangat...perut pon lapar dari dalam kete lagi...niat dihati sampai rumah nak terus makan, apa yang ada la...sampai je rumah, tengok-tengok nasi takde and lauk pon takde...perut dah nyanyi lagu Rock ni...so, nampak lah sebungkus Maggie.....

Apa lagi...terus lah memulakan projek! Lapa punya pasal...hihihi...

Bahan-Bahan
Sebungkus Maggie
Bawang merah - sebiji (dihiris)
Bawang putih - 2 ulas (dihiris)
Sebiji telur
Sayur Sawi
Tauhu seketul
Sebiji tomato

Caranya....
1. Rebus Maggie macam biasa (pakai Maggie apa-apa pon boleh) dan tos kan.
2.Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan tauhu (make sure tauhu tu goring dulu)
4. Lastly, masukkan Maggie yang telah direbus dan sedikit perencah kari.
5. Tambahkan sedikit garam dan pecahkan telur ke dalam Maggie dan goreng.
6. Kemudian, masukkan sayuran yang telah dipotong dan continue menggoreng lagi.
7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ya...

Paprika Chicken Wrap


Haa....Nampak macam Roti Canai kan?
OK..entry yang ketiga untuk harini ialah....Paprika Chicken Wrap..time saya buat ni waktu malam, untuk dinner...bukan apa, saya ni dah makin mengembang...haha! Burok rupenye...dah la rendah, kembang plak tu...jadi, ini salah satu menu diet saya..

Tak susah pon nak buat...beli je Capatti atau Roti Canai atau Roti Pita instant.

PAPRIKA CHICKEN WRAP

Bahan-bahan
Capatti atau Roti Canai atau Roti Pita instant
Isi Ayam 4 Ketul
Daun Salad (boleh pakai pelbagai jenis salad)
Mayones sikit (untuk sapuan je)
Sos Cili sikit (untu sapuan juga, tapi kalau nak pedas letaklah banyak)
Black Pepper
Serbuk Paprika
Serbuk kunyit sikit
Garam

Perap ayam (sapu semua bahan dan perap dalam 15 minit)
Isi Ayam
Serbuk Paprika
Serbuk kunyit sikit
Garam

Cara Membuat
1. Goreng ayam dengan minyak yang sedikit - pakai pan senang sikit (agak-agak cukup untuk menggoreng)
2. Angkat dan sejukkan ayam. Tos minyak jangan lupa.
3. Roti Capatti / Roti Canai / Roti Pita dipanaskan atas kuali / pan NON STICK (Jangan tunggu sampai roti lembut baru nak dipanaskan ya..nanti melekat sbb dah lembut. Waktu keras tu terus je panaskan)
4. Angkat jika dah berwarna kekuningan atau brownish.
5. Sapukan mayones sedikit diatas permukaan roti.
6. Susun daun salad dan kemudian baru letakkan isi ayam yang telah digoreng tadi.
7. Sprinkle sikit black pepper dan gulung macam buat popia.

Tadaaa.......!!!!
Jadilah macam ni....

P//S: Isi ayam tu boleh diganti dengan daging, sosej ataupun lebih kepada vege...

Selamat mencuba ya...

PUFF PASTRY !!!!!

 
OK..aritu saya buat ni..ramai yang bertanya bagaimana nak buat kulit puff ni.. Isk, saya pun kurang tau dalam hal ni...saya hanya pakai PUFF PASTRY ni je..boleh dibeli di mana-mana pasaraya...selalunya GIANT ada jual...
 
Kalau anda ada masa yang banyak, bolehlah buat sendiri pastry ni...tapi memandangkan saya keje memanjang, saya ikot jalan short-cut la..hehe..
 
Caranya mudah...
 
Puff Pastry ni berbentuk segi empat sama. Jadi anda bolehlah kerat kepada 2 bahagian untuk mini sausage (spt dibawah).

 
Ada pelbagai cara lagi...
 
Untuk sausage yang panjang, anda tak perlu kerat. Gulungkan saje... Nak letak inti SARDINE pun boleh, inti AYAM pun boleh, inti DAGING pun boleh, inti BUAHAN pun boleh...
 
Lepas dah gulung, sapukan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air diatas permukaan roti (untuk bagi die warna kekuningan)
 
Untuk resepi yang savoury, boleh juga ditabur dengan black pepper or any herbs spt Oregano/Basil
Untuk resepi yang manis, saya suka sprinkle dengan gula.
 
Kemudian, bakar dalam suhu antara 130 - 150 Darjah Celcius
(bergantung pada oven masing-masing) selama 20 - 30 minit ataupun sehingga Nampak warnanya bertukar keemasan/kekuningan
 
Jadi, anda bolehlah beli puff pastry ni and cuba dirumah...

Colorful Buah Melaka


Yang ni pulak, saya nak share pasal kuih Buah Melaka. Kuih ni paling senang nak cari time BULAN PUASA..tapi kalau bukan musim ni, susahnya la nak cari...

OK, dalam gambar diatas saya dah siap packed sbb time ni saya meniaga kecil-kecilan je...resepinya saya ambil di Internet..dan idea untuk buat dia colourful datangya BLOG MASAM MANIS kepunyaan KAK AZLITA..(http://www.azlitamasammanis.com/2012/02/buah-melaka-pancawarna.html)

Terus terang saya katakan, saya banyak belajar dari hasil yang beliau kongsikan..kepada raka-rakan, anda juga boleh lihat BLOG beliau...sangat membantu...TQ ye kak..

Resepi ni juga datangnya dari Kak Azlita...jadi kawan-kawan bolehlah bukak BLOG Kak Azlita untuk salin resepi...link seperti yang tertera diatas...

Selamat mencuba!