Sunday, February 20, 2011

ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang
semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan
oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang
mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut
yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain.

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput
dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini
biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim
dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman
bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.

APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun
kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami
dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun
selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan
melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid
yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering
juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan
di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan
waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.
Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di
kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang
penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk
mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang
anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM?

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh
ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian,
pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas
pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.
Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan
penyakit yang digelar Adenomyosis.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa,
tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan
berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor
melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini
disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke
arah tulang tongking (retroverted uterus).

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan
wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah
dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi
I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis
dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul.

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah
lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang
semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini
melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium
menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid
dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul
serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana
mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .

PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit
endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.
Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan
kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh
ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting
kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami
ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut,
mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan
ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal
pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS

Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik
(retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan
pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian
bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan
´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran
laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit
rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).
Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan
dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan
yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran
fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.
Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya
hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut,
Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan
tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara
suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain
untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut
agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh
wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila
memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian
seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga
merupakan satu kesan sampingan.

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi
mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ
seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi
kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah
kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu
kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu
wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG?

Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun,
kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui
dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi
amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan
alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan
sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan
gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara
yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.
Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.
Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah
makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan
seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu
kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden,
kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan
penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk
mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan
kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman,
tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid,
seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu
masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".

Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan.
Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan
daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu
doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan
yang selanjutnya.

Penyakit & Simtom

Hi...
It has been such a long time for me not to update this blog...
I was so busy with my gym class and currently,I was just getting better from Appendicitis..
So,I made my mind to actually do some simple research on this disease and others that related...

TANDA-TANDA & PENYAKIT

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu

  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin

  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk

  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.

Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.