Friday, February 25, 2011
PATI IKAN HARUAN
saya ingin berkongsi pengalaman mengenai Pati Ikan Haruan yang khasiatnya tidak diragui lagi. Sejurus selepas selesai melakukan pembedahan Appendix,pakcik saya belikan saya Pati Ikan Haruan. Katanya,pati ini elok untuk menyembuhkan luka-luka dalam terutama bagi orang selepas bersalin dan juga yang baru melakukan pembedahan. Pada mulanya,saya lihat kotak Pati Ikan Haruan itu biasa saja. Terlintas di fikiran saya mungkin rasanya seperti Pati Ayam Brand. HAHAHAHA! Maklumlah,tidak pernah cuba untuk meminumnya.
Selepas saya keluar dari hospital,saya pun memulakan rutin meminum Pati Ikan Haruan.
Ikuti kisah-kisah dibawah...
HARI PERTAMA - JUMAAT,25/02/2011
Tarikh ini merupakan pertama kalinya dalam sejatah hidup saya meminum Pati Ikan Haruan. Pakcik saya menasihatkan saya agar merendam didalam air panas suam terlebih dahulu bagi memudahkan proses untuk meminumnya. Setelah beberapa minit,saya mula membuka penutup botol Pati Ikan Haruan tersebut. Tidak terlintas difikiran saya untuk menghidu bagaimana baunyan dan tidak terlintas difikiran saya untuk merasa sedikit dengan menggunakan jari. Begitu lama saya tenung pati itu sebelum saya memegangnya dan sambil menutup hidung,saya terus meminumnya. Ya Allah...!! Tiga tegukan menyebabkan saya berhenti dan menggagau mencari air. Rasanya seperti payau,pahit,tawar dan baunya...Masya-Allah...Proses untuk saya habiskan sebotol pati itu memakan masa hampir setengah jam! Bagai nak muntah tekak ini tatkala menghirup pati itu. BUWEKK! Setelah berjaya menghabiskannya,bau pati itu kekal di hidung saya,melekat! Sepanjang malam terasa perut ini seperti bergelora dan terasa nak muntah. Namun,saya tabahkan diri dan tarik nafas dalam-dalam bagi mengelakkan muntah. Alhamdulillah...berjaya juga pada hari pertama.
HARI KEDUA - SABTU,26/02/2011
Hari ini merupakan hari kedua saya meminum Pati Ikan Haruan. Seperti biasa,saya merendam pati itu didalam air panas suam dan disebelah saya,sudah saya sediakan air kopi O dan juga minyak Cap Kapak. Sebelum minum,saya menyapukan minyak Cap Kapak ke hidung saya bagi mengelakkan terbau pati itu. Kemudian,saya membuka penutup botol dan memandangnya. Didalam hati saya,anggapan positif berlegar-legar memenuhi setiap sudut. Tanpa membuang masa,saya terus meneguk Pati Ikan Haruan itu. Seperti hari pertama,saya berhenti selepas tiga tegukan dan terus mencapai kole yang berisi aor kopi O. Kemudian,saya ulangi tegukan yang seterusnya dan seterusnya. Alhamdulillah... Hari ini tidaklah seteruk semalam. Cuma bau Pati Ikan Haruan apabila bercampur dengan bau minyak Cap Kapak,seperti kacang tanah yang telah membusuk! Mujur pati ini benar-benar berkhasiat. Jika tidak,saya mungkin tidak akan meminumnya.
HARI KETIGA - AHAD,27/02/2011
Hari ketiga berperang dengan Pati Ikan Haruan. Seperti biasa,sayaakan pastikan bahawa perut saya ini diisi terlebih dahulu. Berhidangkan lauk Ikan Tenggiri Masak Pindang bersama Sambal Goreng,saya begitu berselera menjamah nasi bersama lauk-pauk ini. Sementara itu,saya telah bersiap sedia merendam Pati Ikan Haruan didalam air panas suam bagi memudahkan proses untuk meminumnya. Selepas selesai makan tengah hari,saya terus membancuh air Nescafe, pelengkap kepada pati tersebut. Hari ketiga ini semakin mudah untuk saya menelan pati ini. Alhamdulillah. Namun,saya tetap mengambil masa beberapa lama untuk menghabiskan sebotol Pati Ikan Haruan. Kali ini,saya sapukan minyak Cap Kapak ke hidung saya da kemudian meneguk pati itu. Saya berhenti selepas dua tegukan dan terus mencapai segelas Nescafe suam serta mencium bau minyak Cap Kapak kembali. Saya ulangi proses ini sehingga habis sebotol Pati Ikan Haruan. Nampaknya,saya makin terbiasa dengan rasa dan bau pati ikan ini. Alhamdulillah...
Appendix Operation,22/02/2011 - 24/02/2011
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah...
Hari ini,24/02/2011 saya telah dibenarkan keluar dari hospital dan berehat di rumah. Saya juga mendapat cuti sakit selama dua minggu agar luka ini benar-benar pulih.
KRONOLOGI
Pada hari Jumaat yang lalu,saya telah mengalami kesakitan yang amat sakit di bahagian kanan perut. Saya telah pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan doktor klinik mengesahkan saya menghidapi Appendicities yang perlu dibedah. Oleh kerana kesakitan itu menjadi lebih teruk,saya diberi surat untuk rujuk kepada Hospital Selayang.
Perkhidmatan di Hospital Selayang amatlah tidak memuaskan kerana hanya satu bilik doktor sahaja yang dibuka. Proses menunggu mengambil masa sangat lama sehingga melebihi empat jam. Walaupun, saya dikategorikan sebagai "KECEMASAN" namun,saya tetap harus menunggu mengikut angka giliran. Pada ketika itu,Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya, bergelut dengan kesakitan, hampir tidak mampu berjalan dan sering nak pitam. Setelah hampir empat jam setengah saya menunngu,akhirnya,saya nekad untuk pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Sesampai disana,jam telah menunjukkan jam 1.15 pagi. Mujurlah angka giliran saya cepat. Saya masuk kedalam bilik doktor dan pemeriksaan telah dilakukan. Saya telah menjalani ujian darah dan ujian air kencing. Keputusan kedua-dua ujian tersebut mengambil masa hampir dua jam. Setelah keputusan keluar,doktor memberitahu bahawa saya normal dan kemungkinan air kencing saya kotor. Ketika itu jam menunjukkan jam 3.45 pagi pada hari Sabtu. Bayangkanlah seberapa lama saya telah menahan kesakitan yang begitu perit yang hasilnya,doktor hanya memberitahu bahawa dia akan beri ubat bagi mengecutkan Appendix itu serta ubat untuk melawaskan kencing. Saya bertanya adakah saya akan dibedah kerana kesakitannya tidak mampu saya tanggung lagi. Doktor menjawab;
"Kita tidak boleh melakukan pembedahan sembarangan. Awak tidak ada demam dan muntah. Saya bagi awak ubat dan sekiranya awak ada demam dengan suhu yang tinggi dan muntah,sila datang berjumpa saya kembali untuk pemeriksaan lanjut."
Tanpa memandang ke arah doktor itu,saya terus keluar dan mengambil ubat. Terdetik di dalam hati saya bahawa saya tidak mengalami masalah kencing yang tidak lawas. Pembuangan air kecil dan air besar saya normal. Lebih-lebih lagi sejak saya mengamalkan diet serta senaman di gimnasium. Namun,saya tetap bersabar dan memantau kesakitan perut saya.
PENCEGAHAN DI RUMAH
Pada hari Ahad,kesakitan di bahagian kanan perut saya semakin hilang. Namun,apabila saya tekan di bahagian tersebut, kesakitannya begitu perit sekali. Ayah berkata;
"Jangan ditekan perut tu. Nanti sakit lagi."
Saya tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kesakitan itu. Ada kalanya sakitnya merebak ke bahagian belakang pinggang. Seolah-olah seperti mencucuk-cucuk dan urat seperti tegang. Selain itu,rasa sakit di bahagian kanan itu kadang kala terasa di bahagian ovari kanan dan juga lutut terasa ngilu dan lemah.
Pada keesokkan harinya (Isnin),saya nekad untuk mencari tahu apa sakit yang saya alami ini. Saya segera duduk di hadapan komputer riba dan memulakan pencarian maklumat berkenaan dengan kesakitan dan simtom-simtom yang saya alami. Pada ketika itu,saya berasa yakin bahawa saya menghidap Appendix dan perlu segera dibedah bagi mengelakkan ia bocor kerana apabila bocor,ia boleh menjejaskan organ-organ lain di dalam badan.
Namun begitu,saya juga cuba mencari apakah penyakit jika kesakitannya di bahagian ovari kanan. Saat saya membaca maklumat yang tertera,hati saya berdegup kencang dan air mata berlinang. Perasaan berbaur mula menyelubungi hati ini. Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya pada ketika itu. Endometriosis. Itulah penyakit yang tertera di srin komputer riba. Penyakit ini seperti ketumbuhan yang boleh tumbuh di luar rahim,di tepi tiub fallopio mahupun di dalam rahim. Hati saya ketika itu tersangatlah takut lalu saya menghubungi emak saya untuk menyampaikan hal ini. Emak kemudian terus menghubungi Hospital Ampang Puteri untuk bertanyakan hal sedemikian. Mujur individu tersebut banyak membantu. Beliau menyarankan agar emak saya membawa saya berjumpa dengan doktor pakar bahagian perut iaitu Dr. M.Koh. Kami akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan doktor berkenaan pada keesokkan harinya (Selasa). Setelah sampai di bilik doktor,saya terus diperiksa. Doktor juga menekan perut saya di bahagian kanan. Ketika itu,saya hanya mampu menjerit kesakitan dan doktor memberitahu;
"Itulah Appendix. Diagnosis sudah ada. Sekarang saya bagi awak dua form,pergi buat blood test and ultra sound. Then,come here to see me. We'll see what is the problem."
Tanpa ragu-ragu,saya terus ke bilik makmal untuk menjalani ujian darah dan kemudian ke bilik x-ray untuk menjalani Ultra sound. Hasil ujian darah dan gambar ultra sound terus dihantar kepada doktor. Setelah selesai kedua-duanya,saya dan emak duduk di ruang menunggu sementara keputusan keluar. Kami menunggu hampir setengah jam dan apaila nama saya dipanggil,kakitangan di kaunter itu memberitahu bahawa saya harus dibedah untuk mengeluarkan Appendix itu.
Tanpa membuang masa,kami terus ke ruang pendaftaran wad untuk mendapatkan bilik. Bilik pula penuh dek ramai yang sakit lalu saya ditempatkan di wad bersalin di tingkat tiga,bilik 308. Ketika saya memasuki bilik saya,jam telah menunjukkan jam 2.40 petang.
DETIK-DETIK CEMAS
Tepat jam 4 petang,saya diarahkan untuk menukar baju bedah kerana saya akan segera dibedah petang itu juga. Dengan perasaan yang berdebar,saya terus ke bilik air dan menukar baju. Debarannya sudah saya rasakan saat saya memakai baju itu. Di luar,jururawat sedang menunggu bersama katil yang tinggi untuk membawa saya ke bilik pembedahan. Ketika saya terbaring di atas katil,kekasih hati Khairul Aiman bin Khalid,makcik saya,emak dan ayah tidak putus-putus memberi semangat kepada saya agar saya bersabar dan banyakkan berdoa. Pada saat itu,tanpa saya sangka air mata saya mengalir. Entah kenapa saya rasa hiba dan takut kalau segalanya tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Kemudian,saya diusung ke bilik pembedahan dan ketika disana,saya beralih ke katil bedah dan diarahkan memakai sarung kepala bedah. Tepat jam 4.20 petang,saya sudah berada di ruang "Patient Hold" menanti untuk dibedah. Sepanjang waktu itu,saya hanya mampu berdoa,berselawat dan berzikir. Setelah puas menunggu,tepat jam 6.10 petang, kedengaran suara...
"Doktor Koh dah sampai! Bring the Appendix in! Bring the Appendix in!"
Dan ketika itu,dua orang jururawat segera menolak katil saya masuk ke dalam ruang bedah. Sesampai di sana,hati ini makin berdegup kencang tatkala melihat lampu pembedahan yang terpacak di atas diriku. Kemudian,jururawat terus memasukkan drip. Pembantu doktor pula menyuntik bius dan tanpa menunggu waktu yang lama,saya terus lali dan tidak ingat apa-apa lagi.
Pada jam 7.25 malam,saya telah diusung balik ke bilik saya. Begitu ramai ahli keluarga serta kekasih hati yang sedang menunggu. Namun,saya masih belum sedar sepenuhnya dari bius pembedahan. Saya dengar ramai orang berbual-bual dan ada juga yang mengambil gambar saya tapi saya tidak mampu untuk berkata-kata. Kesakitan selepas pembedahan masih lagi terasa. Berdenyut-denyut kesakitan itu dirasai dan saya kerap berkata;
"Sakit...Sakit...Sakit sangat ni Manja..."
Kemudia,saya juga sedar ketika jururawat datang untuk memberi saya makan ubat tahan sakit dan juga memberi satu suntikan di punggung agar saya mudah tidur dengan lena. Kekasih hati pula berbisik di telinga saya bahawa dia harus pulang kerana waktu melawat sudah tamat. Saya tidak ingat banyak perkara ketika itu. Selepas itu,saya langsung tidak sedar dan hanya tidur. Mungkin juga disebabkan suntikan itu.
Saya hanya sedar sepenuhnya pada jam 1.30 pagi. Ketika itu,saya masih memakai baju pembedahan dan terasa ingin membuang air kecil. Saya cuba untuk bangun sendiri. Saya mencapai laci disebelah katil untuk mengambil baju dan seluar. Ketika mahu menyarungkan seluar,terasa sakit yang amat di bahagian pembedahan. Buat kali pertama saya memberanikan diri untuk melihat kesa pembedahan. Terkejut saya apabila mendapati kesannya sangat kecil tetapi sakitnya Tuhan saja yang tahu. Setelah berjaya menyarungkan seluar,saya kemudian cuba memakai baju. Namun,saya tidak berjaya kerana drip masih lagi di tangan saya. Saya terus menekan loceng panggilan jururawat untuk meminta pertolongan. Saya juga meminta jururawat membantu saya untuk menukar baju. Beberapa tompok darah dapat dilihat di baju bedah saya juga di permukaan katil. Tidak dapat saya gambarkan berapa banyak darah yang keluar. Tanpa rasa malu-malu,saya terus membuka baju bedah itu dan menukarnya. Alhamdulillah,saya boleh bangun dan berjalan sendiri tanpa rasa pening.
Keesokkan paginya,doktor datang melawat saya dan kelihatan semuanya baik-baik saja. Doktor berkata saya boleh keluar pada esok hari dan boleh makan seperti biasa. Lega hati ini apabila dibenarkan makan. Maklumlah,kali terakhir saya makan ialah pada malam Isnin dan pada hari Rabu pagi barulah boleh makan seperti biasa. Memang banyak saya makan sepanjang hari itu. Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.
PENGHARGAAN
Dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk rakan-rakan seperjuangan yang telah berdoa untuk saya dan juga kepada semua yang telah membantu dari segi sokongan moral terutama sekali kepada kedua ibu dan bapa saya serta ahli keluarga tercinta; Aunt Jija,Aunt Nora,Poksu,Dekya,Moksu dan Pakcik Akob.
Ribuan terima kasih ini juga turut saya panjangkan kepada keluarga Khairul Aiman bin Khalid iaitu ibu,makcik dan adik-adik beliau kerana sudi meluangkan masa untuk melawat saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
Kepada rakan-rakan sepejuangan yang telah bersusah-payah hadir melawat saya: Siti Nadia Saad,Nur Hafizah Lukman dan Sis Joanna,terima kasih saya ucapkan di atas kesudian anda sekalian meluangkan masa untuk melawat saya. Begitu juga kepada Juliana Sharin yang telah menelefon saya untuk bertanyakan khabar. Saya begitu hargai usaha-usaha mereka kerana mereka telah mengambil berat kepada saya.
Akhir sekali kepada insan teristimewa iaitu kekasih hati saya,jantung pisang saya,buah hati saya iaitu Khairul Aiman bin Khalid,terima kasih banyak kerana Manja sanggup datang setiap hari,menemankan B dari pagi hingga malam. Manja juga tidak putus-putus membantu B,memapah B dan mempersiapkan B. Terima kasih. Tidak mudah untuk B lupakan jasa baik Manja.
Terima kasih semua!