Monday, February 27, 2012

Yati Ayam Percik

Hi...
Bertemu kembali...

Hari pertama saya di Kelantan, saya selamat menikmati juadah istimewa di Yati Ayam Percik. Menu yang ada disini ialah Nasi Kerabu, Daging Bakar, Nasi Dagang, Ayam Percik, Burung Puyuh, Gulai Kawah serta pelbagai jenis kuih-muih tradisi Kelantan.

Saya ditemani bersama rakan setugas saya serta rakan-rakan dari UniKL. Ketibaan kami agak lewat iaitu jam 9.30 malam. Jadi, Nasi Kerabu yang kami tak lengkap hidangannya tanpa kerisik kelapa kerana sudah habis. Maklumlah, kami sampai sudah lewat. Namun, juadah lain tetap menjadi pilihan lebih-lebih lagi tatkala melihat pelbagai jenis kuih-muih yang berwarna-warni serta pelbagai bentuk. (Gambar Kuih)

Saya telah memilih menu Laksam sebagai pembuka selera. (Gambar Laksam)

Selepas Laksam, Nasi Kerabu bersama Ayam Percik pula. Walaupun tanpa kerisik kelapa, namun rasa keasliannya tetap ada. Tatkala menyuap sesudu nasi, terasa lemak nasi bersama budu serta sayur-sayur. Rangup dan enak. Ayam Percik juga enak rasanya. Sos yang dilimpah di atas ayam begitu pekat dan lemak. (Gambar Nasi)

Sesudah makan, Kopi O panas penghilang rasa dahaga. Rasanya sedang-sedang elok, cukup kopi dan gula. Tidak terlalu manis mahupun tawar. Pendek kata, saya berpuas hati menikmati hidangan makan malam di restoran ini.

Pengembaraan ke Kelantan...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Lame sudah saya tidak menulis di ruangan ini. Tajuk bicara pada hari ini ialah Pengembaraan ke negeri Kelantan Darul Naim. Karnival Pendidikan 'Jom MasukU' telah berlangsung di Stadium Kelantan. Jadi, saya telah ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab ini demi memartabat pendidikan anak jati Kelantan.

kalau nak dikira, memang sudah lama saya tidak ke Kelantan. Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke sini ialah pada tahun 2002 dan ketika itu saya di Tingkatan 3, menyertai rombongan sekolah. Kini, pelbagai pembaharuan telah dapat dilihat. Begitu banyak tempat-tempat menarik yang ada.

Keindahan bandar yang unik, menerapkan unsur-unsur Islam termasuklah dari segi perancangan bandar dan pelaksanaan undang-undang.

Saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk mencuba semua jenis makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Antaranya ialah Nasi Tumpang, Nasi Lauk Ikan, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Mee Ketam, Roti Bakar, Nasi Kukus, Etok dan tidak lupa juga telur penyu.

Nantikan sambungan cerita saya di tajuk seterusnya... :)