Monday, March 29, 2010

anjing dan islam

A'kum...

Disini ingin saya sampaikan pandangan saya mengenai isu umat Islam yang memelihara anjing. Pada pendapat saya tidak salah jika sebagai seorang yang beragama Islam,kita memegang, membelai mahupun memelihara anjing. Asalkan sentuhan itu disamak kembali bersama satu kali air tanah dan enam kali air mutlak.

Allah SWT juga telah meletakkan hukum yang sedemikian maka perbuatan memegang anjing terbukti tidak salah. Namun begitu, kita cuma tidak digalakkan untuk memelihara anjing bagi tujuan haiwan peliharaan. Namun begitu juga, memelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan rumah dibenarkan.

Ingin saya berkongsi cerita disini, saya juga pernah membela anjing yang saya namakan 'Puppy'. Anjing ini kakinya tiga kerana cacat. Saya menjumpainya tersangkut di celah-celah batang buluh di kawasan belakang rumah. Dengan perasaan yang amat simpati, saya menolong menariknya keluar dari celahan batang buluh itu. Sejak saat itu, saya terus simpati dan ingin menjaganya sehingga ia dewasa.

Tidak dapat dinafikan disini, saya juga turut bermain dengan anjing peliharaan saya. Bergurau senda pada setiap petang. Kelincahannya membuatkan hati saya gembira walaupun ianya hanya berkaki tiga. Namun, saya masih kenal Islam dan tahu hukum-hakam Islam. Setelah bermain dengan Puppy, saya akan mengambil tanah di belakang rumah dan menyamak diri saya. Bergatung kepada anggota mana yang bersentuhan. Pernah sekali, saya menyamak seluruh badan serta pakaian saya.

Jadi disini, bukanlah menjadi satu kesalahan jika seseorang Islam itu memelihara anjing mahupun bermain atau bergurau senda dengan anjing.

Saya juga berpendapat jika Islam tidak membenarkan kita memegang anjing,maka tiada gunalah hukum 'samak' yang diperkenalkan. Apa pendapat sidang hadirin sekalian?

Beralih kepada mengzalini anjing pula, saya merasakan ianya adalah satu perbuatan yang dikeji dan dibenci oleh Allah SWT. Anjing juga makhluk Allah yang berhak hidup di muka bumi ini juga. Malah, anjing juga berhak mendapat keadilan seperti kita manusia yang lain kerana kita sama-sama menumpang di bumi Allah SWT. Begitu juga dengan khinzir. Sungguhpun, ianya tergolong dalam haiwan yang diharamkan daripada kita memakannya, namun ia tetap kepunyaan Allah.

Tuntasnya disini ialah, setiap apa yang kita lalukan mesti ada jalan penyelesaian yang direstui oleh Allah. Samaklah selepas bersentuhan dengan anjing dan janganlah kita menyeksa golongan haiwan ini kerana sesungguhnya, kita juga akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan pada hari ini.

Amin.

No comments: