Friday, February 25, 2011

PATI IKAN HARUAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

saya ingin berkongsi pengalaman mengenai Pati Ikan Haruan yang khasiatnya tidak diragui lagi. Sejurus selepas selesai melakukan pembedahan Appendix,pakcik saya belikan saya Pati Ikan Haruan. Katanya,pati ini elok untuk menyembuhkan luka-luka dalam terutama bagi orang selepas bersalin dan juga yang baru melakukan pembedahan. Pada mulanya,saya lihat kotak Pati Ikan Haruan itu biasa saja. Terlintas di fikiran saya mungkin rasanya seperti Pati Ayam Brand. HAHAHAHA! Maklumlah,tidak pernah cuba untuk meminumnya.

Selepas saya keluar dari hospital,saya pun memulakan rutin meminum Pati Ikan Haruan.
Ikuti kisah-kisah dibawah...

HARI PERTAMA - JUMAAT,25/02/2011
Tarikh ini merupakan pertama kalinya dalam sejatah hidup saya meminum Pati Ikan Haruan. Pakcik saya menasihatkan saya agar merendam didalam air panas suam terlebih dahulu bagi memudahkan proses untuk meminumnya. Setelah beberapa minit,saya mula membuka penutup botol Pati Ikan Haruan tersebut. Tidak terlintas difikiran saya untuk menghidu bagaimana baunyan dan tidak terlintas difikiran saya untuk merasa sedikit dengan menggunakan jari. Begitu lama saya tenung pati itu sebelum saya memegangnya dan sambil menutup hidung,saya terus meminumnya. Ya Allah...!! Tiga tegukan menyebabkan saya berhenti dan menggagau mencari air. Rasanya seperti payau,pahit,tawar dan baunya...Masya-Allah...Proses untuk saya habiskan sebotol pati itu memakan masa hampir setengah jam! Bagai nak muntah tekak ini tatkala menghirup pati itu. BUWEKK! Setelah berjaya menghabiskannya,bau pati itu kekal di hidung saya,melekat! Sepanjang malam terasa perut ini seperti bergelora dan terasa nak muntah. Namun,saya tabahkan diri dan tarik nafas dalam-dalam bagi mengelakkan muntah. Alhamdulillah...berjaya juga pada hari pertama.

HARI KEDUA - SABTU,26/02/2011
Hari ini merupakan hari kedua saya meminum Pati Ikan Haruan. Seperti biasa,saya merendam pati itu didalam air panas suam dan disebelah saya,sudah saya sediakan air kopi O dan juga minyak Cap Kapak. Sebelum minum,saya menyapukan minyak Cap Kapak ke hidung saya bagi mengelakkan terbau pati itu. Kemudian,saya membuka penutup botol dan memandangnya. Didalam hati saya,anggapan positif berlegar-legar memenuhi setiap sudut. Tanpa membuang masa,saya terus meneguk Pati Ikan Haruan itu. Seperti hari pertama,saya berhenti selepas tiga tegukan dan terus mencapai kole yang berisi aor kopi O. Kemudian,saya ulangi tegukan yang seterusnya dan seterusnya. Alhamdulillah... Hari ini tidaklah seteruk semalam. Cuma bau Pati Ikan Haruan apabila bercampur dengan bau minyak Cap Kapak,seperti kacang tanah yang telah membusuk! Mujur pati ini benar-benar berkhasiat. Jika tidak,saya mungkin tidak akan meminumnya.

HARI KETIGA - AHAD,27/02/2011
Hari ketiga berperang dengan Pati Ikan Haruan. Seperti biasa,sayaakan pastikan bahawa perut saya ini diisi terlebih dahulu. Berhidangkan lauk Ikan Tenggiri Masak Pindang bersama Sambal Goreng,saya begitu berselera menjamah nasi bersama lauk-pauk ini. Sementara itu,saya telah bersiap sedia merendam Pati Ikan Haruan didalam air panas suam bagi memudahkan proses untuk meminumnya. Selepas selesai makan tengah hari,saya terus membancuh air Nescafe, pelengkap kepada pati tersebut. Hari ketiga ini semakin mudah untuk saya menelan pati ini. Alhamdulillah. Namun,saya tetap mengambil masa beberapa lama untuk menghabiskan sebotol Pati Ikan Haruan. Kali ini,saya sapukan minyak Cap Kapak ke hidung saya da kemudian meneguk pati itu. Saya berhenti selepas dua tegukan dan terus mencapai segelas Nescafe suam serta mencium bau minyak Cap Kapak kembali. Saya ulangi proses ini sehingga habis sebotol Pati Ikan Haruan. Nampaknya,saya makin terbiasa dengan rasa dan bau pati ikan ini. Alhamdulillah...

1 comment:

Anonymous said...

Funny, sama pula pengalaman minum pati ikan haruan ni ngan suami saya, muka time minum pati tu punyanya seksa....