Hi...
Bertemu kembali...
Hari pertama saya di Kelantan, saya selamat menikmati juadah istimewa di Yati Ayam Percik. Menu yang ada disini ialah Nasi Kerabu, Daging Bakar, Nasi Dagang, Ayam Percik, Burung Puyuh, Gulai Kawah serta pelbagai jenis kuih-muih tradisi Kelantan.
Saya ditemani bersama rakan setugas saya serta rakan-rakan dari UniKL. Ketibaan kami agak lewat iaitu jam 9.30 malam. Jadi, Nasi Kerabu yang kami tak lengkap hidangannya tanpa kerisik kelapa kerana sudah habis. Maklumlah, kami sampai sudah lewat. Namun, juadah lain tetap menjadi pilihan lebih-lebih lagi tatkala melihat pelbagai jenis kuih-muih yang berwarna-warni serta pelbagai bentuk. (Gambar Kuih)
Saya telah memilih menu Laksam sebagai pembuka selera. (Gambar Laksam)
Selepas Laksam, Nasi Kerabu bersama Ayam Percik pula. Walaupun tanpa kerisik kelapa, namun rasa keasliannya tetap ada. Tatkala menyuap sesudu nasi, terasa lemak nasi bersama budu serta sayur-sayur. Rangup dan enak. Ayam Percik juga enak rasanya. Sos yang dilimpah di atas ayam begitu pekat dan lemak. (Gambar Nasi)
Sesudah makan, Kopi O panas penghilang rasa dahaga. Rasanya sedang-sedang elok, cukup kopi dan gula. Tidak terlalu manis mahupun tawar. Pendek kata, saya berpuas hati menikmati hidangan makan malam di restoran ini.
No comments:
Post a Comment