Saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya mendapat peluang untuk memulakan perjalanan hidup saya...
Pada hari Isnin yang lalu, saya telah menerima satu panggilan telefon daripada Federal Express Sdn Bhd yang mengatakan saya telah terpilih dalam pencarian Khidmat Pelanggan di pasaran Australia. Saya berasa sangat gembira kerana akhirnya telah diberikan kepercayaan melalui sesi temu duga yang saya hadiri tempoh lalu. Tidak dinafikan bukanlah mudah untuk saya diterima bekerja memandangkan saya adalah lepasan Ijazah yang masih mentah serta tidak memiliki pengalaman selain Internship Program pada semester akhir.
Sesi temu duga tempoh lalu berjalan dengan lancar dan soalan yang dikemukakan oleh pihak penemu duga nyata amat mencabar bagi saya. Setiap soalan memerlukan pemikiran yang tajam dan penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua belah pihak tanpa menjatuhkan imej syarikat.
Namun, saya merasakan ini merupaka peluang terbaik saya untuk mendalami ilmu dan selok-belok bekerja terutama sekali apabila berhadapan dengan para pelanggan. Saya juga akui bidang ini tersasar jauh dengan bidang yang saya pelajari iaitu Komunikasi dan Pengajian Media jurusan Perhubungan Awam. Walau bagaimana pun, saya yakin rezeki setiap manusia itu berada dimana-mana sahaja dan anggaplah setiap yang terjadi merupakan cabaran dalam hidup ini.
Saya telah pun berfikir masak-masak dan inilah keputusan saya. Saya harus pergi ke organisasi yang memandang kelulusan Ijazah saya.
1 comment:
Before it was a good news...
But then,it was a big mistakes...
Post a Comment