Friday, January 24, 2014

Paprika Chicken Wrap


Haa....Nampak macam Roti Canai kan?
OK..entry yang ketiga untuk harini ialah....Paprika Chicken Wrap..time saya buat ni waktu malam, untuk dinner...bukan apa, saya ni dah makin mengembang...haha! Burok rupenye...dah la rendah, kembang plak tu...jadi, ini salah satu menu diet saya..

Tak susah pon nak buat...beli je Capatti atau Roti Canai atau Roti Pita instant.

PAPRIKA CHICKEN WRAP

Bahan-bahan
Capatti atau Roti Canai atau Roti Pita instant
Isi Ayam 4 Ketul
Daun Salad (boleh pakai pelbagai jenis salad)
Mayones sikit (untuk sapuan je)
Sos Cili sikit (untu sapuan juga, tapi kalau nak pedas letaklah banyak)
Black Pepper
Serbuk Paprika
Serbuk kunyit sikit
Garam

Perap ayam (sapu semua bahan dan perap dalam 15 minit)
Isi Ayam
Serbuk Paprika
Serbuk kunyit sikit
Garam

Cara Membuat
1. Goreng ayam dengan minyak yang sedikit - pakai pan senang sikit (agak-agak cukup untuk menggoreng)
2. Angkat dan sejukkan ayam. Tos minyak jangan lupa.
3. Roti Capatti / Roti Canai / Roti Pita dipanaskan atas kuali / pan NON STICK (Jangan tunggu sampai roti lembut baru nak dipanaskan ya..nanti melekat sbb dah lembut. Waktu keras tu terus je panaskan)
4. Angkat jika dah berwarna kekuningan atau brownish.
5. Sapukan mayones sedikit diatas permukaan roti.
6. Susun daun salad dan kemudian baru letakkan isi ayam yang telah digoreng tadi.
7. Sprinkle sikit black pepper dan gulung macam buat popia.

Tadaaa.......!!!!
Jadilah macam ni....

P//S: Isi ayam tu boleh diganti dengan daging, sosej ataupun lebih kepada vege...

Selamat mencuba ya...

PUFF PASTRY !!!!!

 
OK..aritu saya buat ni..ramai yang bertanya bagaimana nak buat kulit puff ni.. Isk, saya pun kurang tau dalam hal ni...saya hanya pakai PUFF PASTRY ni je..boleh dibeli di mana-mana pasaraya...selalunya GIANT ada jual...
 
Kalau anda ada masa yang banyak, bolehlah buat sendiri pastry ni...tapi memandangkan saya keje memanjang, saya ikot jalan short-cut la..hehe..
 
Caranya mudah...
 
Puff Pastry ni berbentuk segi empat sama. Jadi anda bolehlah kerat kepada 2 bahagian untuk mini sausage (spt dibawah).

 
Ada pelbagai cara lagi...
 
Untuk sausage yang panjang, anda tak perlu kerat. Gulungkan saje... Nak letak inti SARDINE pun boleh, inti AYAM pun boleh, inti DAGING pun boleh, inti BUAHAN pun boleh...
 
Lepas dah gulung, sapukan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air diatas permukaan roti (untuk bagi die warna kekuningan)
 
Untuk resepi yang savoury, boleh juga ditabur dengan black pepper or any herbs spt Oregano/Basil
Untuk resepi yang manis, saya suka sprinkle dengan gula.
 
Kemudian, bakar dalam suhu antara 130 - 150 Darjah Celcius
(bergantung pada oven masing-masing) selama 20 - 30 minit ataupun sehingga Nampak warnanya bertukar keemasan/kekuningan
 
Jadi, anda bolehlah beli puff pastry ni and cuba dirumah...

Colorful Buah Melaka


Yang ni pulak, saya nak share pasal kuih Buah Melaka. Kuih ni paling senang nak cari time BULAN PUASA..tapi kalau bukan musim ni, susahnya la nak cari...

OK, dalam gambar diatas saya dah siap packed sbb time ni saya meniaga kecil-kecilan je...resepinya saya ambil di Internet..dan idea untuk buat dia colourful datangya BLOG MASAM MANIS kepunyaan KAK AZLITA..(http://www.azlitamasammanis.com/2012/02/buah-melaka-pancawarna.html)

Terus terang saya katakan, saya banyak belajar dari hasil yang beliau kongsikan..kepada raka-rakan, anda juga boleh lihat BLOG beliau...sangat membantu...TQ ye kak..

Resepi ni juga datangnya dari Kak Azlita...jadi kawan-kawan bolehlah bukak BLOG Kak Azlita untuk salin resepi...link seperti yang tertera diatas...

Selamat mencuba!

Ice Bubble Coffee


Hi everybody...lama sudah saya meninggalkan BLOG ni...I've been busy all this while, balik keje terus berehat plak..tak kira lagi kalau nak memasak bagai...

Haa..sebelum ni saya suka post gambar di Instagram dan FB..ada dua tiga rakan yang bertanyakan resepi... Sejujurnya, saya pun taklah pandai sangat...masih belajar dan sangat banyak yang perlu dipelajari...need improvement ok... Cooking & Baking memang saya suka, cuma kadang-kadang masa tu tak menentu jadi tak boleh lah nak mengikuti kelas mahupun mencuba resepi baru..bila ada kelapangan, saya akan bukak YouTube or cooking book saya...weekend la masa yang paling sesuai tapi tak menentu jugak...kadang-kadang saya keje time weekend...

Jadi, apa yang boleh saya kongsi, saya kongsi ok... kalau ada ilmu baru In sah Allah akan saya kongsikan disini... OK..entry untuk hari ini ialah.......


ICE BUBBLE COFFEE

Idea datangya dari Chatime...sebab saya tengok mereka goncang air dan ice and walah! Siap untuk diminum. Jadi disebabkan saya ni merupakan COFFEE LOVER and ADDICTED TO COFFEE, saya try buat Nescafe ni...

Caranya....

1. Buat Nescafe O (spt dlm gambar)
2. Air pans jangan banyak...gula lebih sikit pun takpe sbb nanti nak letak ice.
3. Masukkan Nescafe tadi dalam botol (boleh guna boto apa-apa je asal bertutup, botol susu pun boleh.... ^_^
4. Masukkan ice dalam 6 - 7 ketul
5. Tutup penutup botol dan goncang dan goncang dan goncang
6. Tuangkan dalam gelas/cawan yang menarik dan hidang!

Haa...sebab tu Nescafe saya ade BUBBLE macam ni...

P//S: Boleh juga try buat minuman lain...

Selamat mencuba ye...